This site is dedicated to my precious little girl, i want her to know her own development time by time.
Friday, November 27, 2009
Thursday, November 19, 2009
Tuesday, November 17, 2009
12 days of Hanney Humaira
Semalam ayah dan ibu pergi ke Dungun untuk buat surat beranak Hanney, lama jugak kat pejabat pendaftaran tu, ayah kata sebab orang yang tukang type tu terhe-he nak type satu2. Tapi apa pun akhirnya Hanney dah ada surat beranak. kalau ikutkan surat beranak Hanney dah boleh buat dari awal lagi tapi disebabkan ada sedikit salah faham dimana ada orang mengatakan surat beranak hanya boleh dikeluarkan dinegeri tempat lahir sahaja, jadi ayah dan ibu ingatkan surat beranak Hanney kena buat kat KL rupanya boleh buat dimana sahaja seantero Malaysia. So Hanney dah ada sb dengan no ic nya 091105-14-099x. haaaa..
Monday, November 16, 2009
9th days
Hari ni Hanney dah mula pandai meluahkan semula susu dari mulut Hanney. Bila ibu suapkan Hanney dan KALAU Hanney dah kenyang mulalah Hanney luahkan semula susu :( sedih ibu tengok tau..penat ibu perahkan susu utk Hanney tau..
Friday, November 13, 2009
12 weeks of pregnancy
This is the very first image of my child. Taken on April 23rd. So based on this image my baby is about 12 weeks. By the time i did this ultrasound session, my baby is so active, swimming here and there. I am glad to see the bones,the hand, legs etc. And its so amazing, i had a baby in my womb. And the doct said she's a girl.
Entry Gostan


Hanney dah tumbuh gigi (8 days of life)

Hari ni Hanney tak meragam, Hanney tido je.. tido pulak suka sangat dapat tido mengiring, dah tido macam gaya orang besar je. setiap kali minum Hanney akan minum +/- 1 setengah onz. kekerapan pula sekitar 2-4 jam sekali. perkembangan yang amat ketara ialah tubuh Hanney dan mula lebih berisi. Rasa macam baru je lagi ibu lahirkan Hanney rupanya dah masuk 8 hari dah usia Hanney harini kan..Happy 8th days princess.

Ibu baru perasan rupanya anak dara ibu ni dah mula tumbuh gigi rupanya. Patutla setiap kali Hanney minum susu ibu rasa sakitnya.. ingatkan Hanney hisap kuat sangat rupanya dia dah tumbuh gigi. Atuk Hanney tak sabar2 nak jumpa Hanney, setiap hari dia tanya pasal perkembangan Hanney. You are one lucky girl sayang.

Ibu baru perasan rupanya anak dara ibu ni dah mula tumbuh gigi rupanya. Patutla setiap kali Hanney minum susu ibu rasa sakitnya.. ingatkan Hanney hisap kuat sangat rupanya dia dah tumbuh gigi. Atuk Hanney tak sabar2 nak jumpa Hanney, setiap hari dia tanya pasal perkembangan Hanney. You are one lucky girl sayang.
Thursday, November 12, 2009
Genap Seminggu usia Hanney Humaira
Masuk hari ini genaplah seminggu usia Hanney, pagi tadi bidan datang urutkan ibu, best la pulak rasanya diurut sebegitu. Memang xsama lah kalau pergi ke massage center. Hari ni tadi ayah dan ibu asyik duk pk je sama ada nama Hanney nak diletakkan Hanney Humaira atau Hanney Humairah, walaupun keputusan belum dibuat tapi ibu yang pada awalnya nak Humaira, rasakan mungkin Humairah lebih sesuai kerana kalau dilihat sehingga detik ini muka Hanney merah sangat macam ibarat udang dibakar@sun burn.. Hari ini juga tali pusat Hanney dah pun tertanggal masa Hanney dimandikan pagi tadi, jadi sekarang Hanney dah tak sakit pusat lagi.. ayah dan ibu pun makin selesa nak pegang Hanney. Hanney kuat menyusu, setiap kali Hanney sedut mak aiii punya lah sakit.. tapi ibu tak kisah asalkan anak dara ibu ni kenyang dan mendapat nikmat secukupnya.
Sunday, November 8, 2009
Hari ini merpakan hari ke 3 Hanney dilahirkan, Hanney merah sangat lagi, terdapat sedikit tanda-tanda Hanney mungkin terkena jaundice, jadi disebabkan itu ibu dah minta ayah belikan Hanney susu kambing kat Vitacare Klcc. Doctor Antony kata besok diorg akan ambik darah Hanney untuk cek. Ibu doakan Hanney tak kena jaundice, kesihan tak sanggup rasanya nak kena tengok anak ibu ni masuk inkubator dengan hanya memakai pampers dan spek.. Hari ni pagi-pagi lagi Hanney dah ada visitor.. Uncle Guna datang visit ibu kat bilik, dia nak tengok Hanney. siap bawakan gift lagi.. tapi masa ni Hanney belom keluar lagi dari NICU, jadi dia cuma sempat jumpa ibu dengan ayah je lah.. petang nya pulak, Atuk Saha dan famili dia pulak datang, diorang dapat jumpa Hanney sebab masa ni Hanney dah masuk nursery jadi ibu minta nurse tu hantarkan Hanney kat bilik.. Lebey kurang pukul 7.30 mlm pulak tok chiq pulak datang melawat Hanney, dia bawakan Hanney hamper Baby Kiko.. besarrrr... dia pun sempat jumpa dan peluk Hanney.. Semua org mula kata wajah Hanney macam ibu.. tapi ibu kta wajah Hanney macam ayah.. tak kisah la ikut saper pun yang penting Alhamdulillah Hanney lahir selamat, sihat dan sempurna.
Subscribe to:
Posts (Atom)