Thursday, November 12, 2009

Genap Seminggu usia Hanney Humaira

Masuk hari ini genaplah seminggu usia Hanney, pagi tadi bidan datang urutkan ibu, best la pulak rasanya diurut sebegitu. Memang xsama lah kalau pergi ke massage center. Hari ni tadi ayah dan ibu asyik duk pk je sama ada nama Hanney nak diletakkan Hanney Humaira atau Hanney Humairah, walaupun keputusan belum dibuat tapi ibu yang pada awalnya nak Humaira, rasakan mungkin Humairah lebih sesuai kerana kalau dilihat sehingga detik ini muka Hanney merah sangat macam ibarat udang dibakar@sun burn.. Hari ini juga tali pusat Hanney dah pun tertanggal masa Hanney dimandikan pagi tadi, jadi sekarang Hanney dah tak sakit pusat lagi.. ayah dan ibu pun makin selesa nak pegang Hanney. Hanney kuat menyusu, setiap kali Hanney sedut mak aiii punya lah sakit.. tapi ibu tak kisah asalkan anak dara ibu ni kenyang dan mendapat nikmat secukupnya.

No comments:

Post a Comment